Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan lebih mudah dan tidak mudah ditakluki kuasa asing. Inilah kemerdekaan yang perlu dijaga oleh setiap rakyat Malaysia. Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dalam pelbagai aspek. Merujuk kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman ...
PRINSIP RUKUN NEGARA Kepentingan Rukun Negara dan Wawasan 2020 Proses pembangunan negara kita mengalami perubahan yang pesat sejak kebelakangan ini. Pelbagai dasar dan program sudah dirangka bagi memacu dan menjayakan pertumbuhan politik, ekonomi dan sosial negara supaya selari dengan perkembangan dunia masa kini. Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan moden, sektor pendidikan mempunyai kepentingannya yang amat luas kepada pembangunan negara. Peranan pendidikan dapat mengubah gaya dan corak masyarakat serta negara dalam konteks permodenan dan perkembangan dunia masa kini. Tranformasi masyarakat berlaku daripada pertanian kepada masyarakat industri, daripada masyarakat berpengetahuan kepada masyarakat informasi maklumat sesuai dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dewasa kini. Persaingan di peringkat global telah menghasilkan satu gelombang baru dalam perencanaan dasar dan program negara ke arah menjadikan Mala...
Barangan buatan Malaysia didefinisikan sebagai hasil produk yang dikeluarkan oleh air tangan warga tempatan. Sebagai rakyat Malaysia , kita wajar menyokong hasil keluaran tempatan negara dengan cara mudah iaitu membelinya. Namun begitu, sejajar dengan landaan gelombang globasasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigma ke arah mengapai hasrat sebagai negara maju. Di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa mengagung-angungkan barangan import sehingga dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak kata peribahasa, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Sebagai anak watan Malaysia kita seyogianya mengikis sikap buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan membeli barangan buatan tempatan. Hal ini kerana kita akan me...
Comments
Post a Comment