Posts

Ramalan Bahasa Melayu SPM 2018

*Ini hanya sebagai rujukan sahaja 1. Kepimpinan pelajar di sekolah 2. Kewarganegaraan - cara anda tunjuk perasaan bangga akan negara 3. Masyarakat pnyayang - usaha memupuk oleh pelbagai pihak.. 4. Jenayah melubatkn kanak2.. langkah pelbagai pihak 5. Rumah terbuka - kebaikan 6.kerjaya selepas spm - kebaikan 7. Budaya ilmu - usaha ibu bapa mbantu anak mnguasai pelbagai bidang 8. Pengangkutn awam - usaha meningkatkn oleh kerajaan 9. Koperasi sekolah - faedah 10. Pusat sumber sek - peranan 11. Gotong- royong - kebaikan 12. Penerokaan hutan - kesan 13. Media sosial - kebaikan 14. Aktiviti bahasa di sek - usaha 15. Kem jati diri sek- faedah 16. Kebersihan sekolah- kesan/langkah 17. Sahsiah terpuji - peranan remaja membentuk 18. Telefon pintar - kesan pnggunaan dlm klngn murid 19. Amalan membaca - peranan ibu bapa 20. Pelancongan di malaysia - langkah / kepentingan 21. Permainan tradisional - sebab usaha/langkah 22. Alam pekerjaan - persediaan murid 23. Petempatan/ per

KARANGAN TENTANG PRINSIP RUKUN NEGARA

PRINSIP RUKUN NEGARA  Kepentingan Rukun Negara dan Wawasan 2020   Proses pembangunan negara kita mengalami perubahan yang pesat sejak kebelakangan ini. Pelbagai dasar dan program sudah dirangka bagi memacu dan menjayakan pertumbuhan politik, ekonomi dan sosial negara supaya selari dengan perkembangan dunia masa kini. Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan moden, sektor pendidikan mempunyai kepentingannya yang amat luas kepada pembangunan negara. Peranan pendidikan dapat mengubah gaya dan corak masyarakat serta negara dalam konteks permodenan  dan perkembangan dunia masa kini. Tranformasi masyarakat berlaku daripada pertanian kepada masyarakat industri, daripada masyarakat berpengetahuan kepada masyarakat informasi maklumat sesuai dengan  perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dewasa kini.   Persaingan di peringkat global telah menghasilkan satu gelombang baru dalam perencanaan dasar dan program negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju

RENCANA KEPENTINGAN JALUR LEBAR

INI MERUPAKAN SATU RENCANA YANG BAGUS YANG DIPAPARKAN DALAM bERITA UTUSAN , BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI CONTOH . aNDA JUGA BOLEH MENGANALISIS ISI DALAM bERITA TERSEBUT DAN MENUKAR KEPADA SEBUAH KARANGAN YANG MENARIK JIKA ANDA INGIN MENCUBA . ARKIB : 18/05/2008 Kepentingan jalur lebar MELAHIRKAN masyarakat bermaklumat dan negara yang mampu bersaing di persada dunia merupakan matlamat utama kerajaan apabila memperkenalkan pelbagai projek berteknologi tinggi di negara ini. Teknologi maklumat dan komunikasi, bioteknologi, nanoteknologi dan sebagainya merupakan bidang-bidang baru yang dibangunkan oleh kerajaan dengan jumlah pelaburan yang agak tinggi. Pada Khamis lalu, kerajaan sekali lagi mengumumkan perancangan terbaru dalam projek berteknologi tinggi iaitu meningkatkan rangkaian jalur lebar di seluruh negara untuk tempoh 10 tahun. Mengapa kerajaan memberi tumpuan kepada projek berteknologi tinggi? Adakah kita sudah bersedia untuk menjadikan prasarana teknologi ti

FORMAT BAHASA MELAYU SPM

Image
Inilah Format SPM terbaru ! Semoga murid yang menduduki Peperiksaan SPM mendapat keputusan yang baik . 

CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Sudah semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing.Namun begitu,pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian.Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.           Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan.Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita.Di samping itu,kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.            Selain itu,kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam.Seseorang individu mestilah menjalankan ak

CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

  Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita disaat kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti, awan yang melindungi bumi

FAKTOR JEREBU

Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , “ jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ”. Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan secara besar-besa