Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yangmampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja.Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejalasosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu inimenjadi suatu isu yang hangatdiperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosialyang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluargabegitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkanseperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitupenting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgakudiadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumahdiibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga.Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagimenghalang golongan remajadaripada terjebak dalam gejala sosial. Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kas...