Posts

Showing posts from April, 2015

Cara-cara Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Masyarakat

          Dalam abad ke 21 ini, amalan membaca telah semakin diabaikan disebabkan perkembangan teknologi terutamanya penciptaan komputer dan telefon. "Membaca Jambatan Ilmu",menunjukkan bahawa membaca membolehkan kita memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Namun,menurut kajian,rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Selain itu, amalan membaca dapat mempercepat usaha kerajaan untuk merealisasikan wawasan 2020 melalui pembentukan rakyat yang berilmu pengetahuan.Oleh hal yang demikian, banyak modus operandi perlu dilakukan bagimemupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.                   Bak kata pepatah"Bagaiman acuan,begitulah kuihnya".Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan untuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.Menurut Confucious, "keluarga merupakan unit asas pembentukan masyarakat". Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak sep...